Thursday, 28 August 2014

Review Proton Preve CFE-Part 2



Kali ni nak sambung sikit review Proton Preve CFE, turbo.
Kalau belum baca review part pertama, boleh cari dalam blog ni.
Review part 2 ni setelah guna kira-kira 9 bulan.
Saya memang banyak travel, outstation hampir tiap bulan kedah-kl dan balik kampung pun kerap..kedah-tganu.
So, tak terperanjat kalau milage dah lebih 30ribu.
Isu pertama: Masalah button radio kat stering yang dulu berubah fungsi..tekan volume, dia tukar channel..ada butang berubah fungsi, ada yang tak berfungsi. Dah buat aduan kat proton, proton tukar stering.
Dapat satu set stering baru. Tak perlu bayar apa-apa. Masalah tu kemudiannya tak dapat diatasi sepenuhnya jugak sebab kadang-kadang masih jadi tapi tak sekerap dulu. Tak sampai menganggu pemanduan tapi kalau jadi waktu kita nak kuatkan volume untuk dengar sesuatu yang penting. Geram jugak la.
Isu kedua: Masalah cermin belakang, bahagian cermin kecil. Masuk angin. Bila buat aduan kat proton. Proton tukar cermin baru. Masalah tu kemudian berjaya diatasi. Tak ada bunyi angin macam sebelum ni lagi.

Isu ketiga: Tayar. Tayar preve sedia ada ni bunga luar dan dalam yak sama, jadi susah kalau kita nak rotate tayar. Rotation tayar biasanya kita buat untuk bagi balance penggunaan tayar. Jadi tayar akan habis bunga serentak dan lambat sikit tempoh masa untuk tukar tayar baru.
Saya plan nak tukar tayar biasa yang bunga dalam luar sama atau bileh guna di mana-mana posisi. Senang. Sebab macam kereta saya, kadang-kadang terbawak masuk lubang etc. Tak perasan alignment lari. Akhirnya tayar makan tak rata. Bila nak buat rotation tayar, terhad.



Isu keempat: Saya pernah bagitau sebelum ni saya tak pasti 'traction control' kat kereta saya berfungsi tak sebab bila lalu kawasan air yang banyak, lampu traction control tak nyala. Tak macam kereta ford fiesta kawan saya.
Akhirnya persoalan terjawab. Ianya berfungsi. Saya pernah keluar simpang dengan agak memecut dalam keadaan jalan agak lembab. Kemudian lampu traction control menyala. Mungkin tujahan enjin mereta agak kuat menyebabkan tayar hampor bergeser laju dan licin di jalan. Jadi fungsi traction control tu stabilkan keadaan tayar.
Isu kelima: Kelajuan. Kereta ni memang laju. Bergantung kepada pemandu samada berani atau tak ja.
Isu keenam: Bawa laju waktu hujan. Waktu hujan, hati-hati bila bawa di highway. Walaupun kereta anda dilengkapi abs, brake asist, traction control, ebd..hati-hati sebab belum tentu ia dapat berfungsi waktu diperlukan. 
Mungkin ada berlaku kerosakan, mungkin tayar anda bunga tak cukup tebal, mungkin jalan ada minyak..dan pelbagai kemungkinan lagi.

Pengalaman saya, saya pernah meluncur laju ikut highway pantai timur dari kl ke kuantan waktu hujan. Berapa laju? Cukup untuk saya memintas hampir semua kereta yang saya jumpa. Sampai satu tempat, saya jumpa preve sama warna dengan saya baru lepas kemalangan. Lampu pun menyala lagi. Kemalangan kat selekoh, rasanya kereta tu mesti terbang dan langgar papan tanda kat tepi jalan.
Masa saya sampai orang kat dalam dah takda. Kena bawak hospital kot. Saya tak pasti preve bukan cfe atau cfe. Tak silap spec antara preve bukan cfe dan yang cfe berbeza dari segi pemilikan sistem macam traction control dan lain-lain. Walau jenis apa pun preve kita. Tetap kena hati-hati bila bawak terutama waktu hujan.
Isu ketujuh: Fungsi autocruise. Ok. Saya pernah cuba. Sebab cuba nak follow bmw dan mercedes kot. Dua buah kereta ni maintain laju ja lepas lintas saya yang rasa dah drive macam laju. Saja ja la nak try (saya tak sarankan untuk anda cuba sebab bahaya).
Saya ikut diorang. Tengok-tengok diorang maintain 170km/j. So, saya tekanla butang autocruise untuk maintain laju sama dengan diorang. Rupa-rupanya limit autocruise setakat 160 km/j ja untuk preve cfe saya. Nak maintain 170km/j, tekan minyak sendiri. Tapi betul la. Bahaya jugak sebenarnya fungsi autocruise ni kalau laju sangat. Takut kita kurang alert kalau ada apa-apa belaku kat depan. Mana tau tiba-tiba ada apa-apa melintas ke.
Isu kelapan: Bonet. Bonet preve memang luas dan sangat puas hati la. Boleh sumbat beg banyak-banyak. Pernah kawan balik dari oversea, bawak balik dua beg yang besar gila yang orang pegi oversea biasa bawak tu..muat dua beg.
Kalau compare dengan Inspira, bonet preve lagi besar.
Isu kesembilan: Sarung kusyen. Saya rasa kalau tukar sarung kusyen kulit lagi best dan senang nak bersihkan kot. Tak silap suprima kusyen kulit. Nak try tengok nanti, kalau ada bajet lebih boleh tukar.
Isu kkesepuluh: Minyak. Kalau nak tengok rate consumption minyak yang betul u tuk preve cfe, boleh tengok rate suprima. Standard untuk saya yang jenis asyik nak cepat, telambat pegi kerja, kadang-kadang rasa sayang masa berbanding minyak, jenis pedal minyak asyik tertekan banyak je..Rate biasa 9.0 liter ke atas per 100km kalau tengok meter penggunaan minyak tu.
Kalau nak jimat minyak, korang boleh baeak maintain 90km/j..Rasa bileh dapat rate 6.0 liter ke atas per 100 km macam proton claim dalam website dia.
Isu kesebelas: Servis. Servis setakat ni  memang bagi saya agak tinggi sikit la berbanding waktu saya pakai proton saga dulu. Tapi betul la. Proton saga saya servis tiap 5000km, preve servis tiap 10000km..logik la kalau kos jadi dalam dua kali ganda lebih.
Minyak fully synthetic dan rm100 lebih, oil filter..em lagi apa ntah. Dalam rm200 lebih jugak la sekali servis. Mungkin kalau beli sendiri minyak, boleh kurang kos lagi. Cuma kalau servis kat lain, tak dapat la waranti 5 tahun tu.

...............................
Em, apa lagi korang nak tau sebelum korang decide nak beli atau tak preve? Boleh komen kat bawah.
Overall. Walau ada masalah-masalah tertentu yang dihadapi atau kekurangan tertetu yang ada pada preve saya. Dengan bajet terhad yang saya ada. Saya syukur dapat guna preve cfe ni berbanding kalau saya beli Honda City, Vios atau Nissan Almera (yang saya pernah bercadang nak beli sebelum decide untuk beli preve cfe).
Salah satunya sebab yang penting adalah kerana bajet saya terhad. Kedua sebabbonet luas. Ketiga sebab fungsi-fungsi tertentu yang takda dalam salah satu, dua atau kesemua kereta ni. Keempat sebab ruang dalam yang luas. Kelima sebabselesa. Keenam sebab kelajuan, pecutan dan kestabilan (ikut standarad saya la..orang lain mungkin berbeza). Kelima sebab keselamatan (abs, ebd, traction control, airbag pemandu dan penumpang, brake assist (tak silap ada pada preve cfe-rujuk balik kepada proton).

Senang nak cakap, bajet yang sama dengan harga kereta import, tapi dapat nilai dan ciri-ciri yang lebih advance berbanding kereta import yang lebih kurang sama atau lebih mahal sikit daripada dia. -Maaf saya terpaksa buat kesimpulan macam ni (mungkin nampak macam berat sebelah). Tujuan saya tak lain, adalah untuk bantu anda dalam membuat keputusan terbaik sebelum mengeluarkan bajet yang besar (buat komitmen hutang yang banyak) untuk beli kereta baru.
Sekadar pendapat peribadi walau saya tak nafikan kecantikan Honda City dan pengalaman Honda yang lebih lama dari Proton.
Dan tak nafikan kehebatan Toyota dan penjimatan minyak Vios yang sering diperkatakan orang.
Dan tak nafikan pengalaman lebih lama Nissan berbanding Proton dan tak nafikan harga promosi Almera yang agak rendah dan tak jauh beza dengan preve cfe.

Sekadar pendapat, pandangan dan pengalaman peribadi. Kalau ada salah mohon tunjukkan.
Tamat.

preve part 1

Review Proton Preve CFE (Pengalaman guna Proton Preve CFE)-Part 1





Saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan Proton Preve CFE. Maklumat ni mungkin berguna untuk anda yang sedang buat pertimbangan untuk beli kereta sesuai.

Saya ambil masa kira-kira 3 bulan untuk pilih kereta terbaik untuk saya beli. Berkenaan Proton Preve CFE dan Proton Preve Excecutive, saya lawat beberapa blog seperti blog Paul Tan,  blog Aku dan Kereta-Keretaku dan video youtube  dan beberapa link lain untuk rujukan seperti page Preve Club di facebook

Secara ringkasnya..


Kelebihan


Enjin dan pickup
Kalau tak biasa bawak mungkin anda akan kata pickup Preve tak kuat. Saya tak pasti tentang Proton Preve Excecutive, tapi jika untuk Proton Preve CFE, sebab yang pertama, mungkin kerana sistem suspension, berat kereta dan lain-lain, menyebabkan kita tak terasa laju sangat jika kereta ni dipandu laju. Yang kedua, anda kena tahu macam mana nak tekan paddle minyak untuk rasakan pickup kereta Preve CFE.

Pickup Preve CFE ok ja. Kawan saya yang bawak kereta Honda Civic FD pun kata Preve CFE ni pickup bila pertama kali dia test-drive kereta saya.

Nak lagi pickup, tekan ‘kick paddle’ (kawan saya yang bagi nama). Cara dia, tekan paddle minyak habis/cecah lantai. Kereta akan memecut tiba-tiba. Anda boleh rasa sendiri tujahan enjin turbo dia. Meter RPM dari 2500-3000 rpm, dengan cepat naik ke 4000-5500 rpm. Dari kelajuan dalam 80-90 km/j..sedar-sedar dah 120-130 km/j. Kalau tak biasa, pastikan anda cari kawasan jalan yang selamat (lurus dan laluan panjang), untuk cuba. Berguna untuk memotong, bila ada kereta 'cucuk' rapat kat belakang atau mungkin nak elak sesuatu.

Handling dan suspension
Best. Dah cuba di laluan berbukit dan berselekoh di lebuhraya timur-barat. Takda masalah untuk ambil selekoh walau dalam kelajuan yang lebih tinggi dari biasa. Tapi tak cuba lagi dalam pemanduan ekstrem..setakat 100-120 km/j ja. Tak berani. Hati-hati. Jalan ni bahaya. Saya cuba pun waktu jalan kering, sekadar nak tahu potensi kereta.

Brek
Brek dia bagus. Mungkin sebab ada macam-macam fungsi seperti ABS dan BA. Penting ciri-ciri ni. Boleh tengok di sini dan di sini. Takda masalah, insyaAllah kalau terpaksa brek mengejut. Tapi hati-hati, takut orang belakang yang ada masalah untuk brek mengejut..Nanti kereta anda yang akan dilanggar dari belakang.

Kelajuan
Em, kereta ni memang laju. Anda boleh tengok kat youtube, dah ada orang try sampai dalam 220 km/j. Saya tak berani nak bawak laju macam tu. Bahaya. Paling laju pernah bawak, dalam 160 km/j ja. Kereta ni saya rasa lebih stabil dalam kelajuan tinggi berbanding Vios G dan Almera (test dalam kelajuan 140 km/j). Tapi saya memang sangat-sangat tak menggalakkan untuk anda memandu laju. Bahaya.

Luas
Alhamdulillah, bahagian dalam memang luas. Paling penting bonet sangat luas, 508 liter. Besar sikit dari bonet Vios atau Almeera. Nak balik kampong dan jalan-jalan pun selesa. Nak masuk stroller, beg, car seat..takda masalah. Dan tambahan pula, kerusi belakang boleh dan mudah dilipat. Jadi kalau anda nak bawa barang yang lebih panjang atau lebih banyak, anda cuma perlu lipat kerusi belakang Preve. Kelebihan yang takda pada Proton Saga FLX ni menjadikan salah satu sebab saya tak jadi beli Proton Saga FLX.

Lampu automatic
Kalau dah biasa pandu kereta ni, boleh terlupa nak pasang lampu bila pandu kereta lain. Kereta ni boleh di tetapkan supaya lampu menyala atau padam sendiri ikut kecerahan atau kegelapan sekeliling. Cuma kadang-kadang di pagi hari lambat sikit lampu padam. Mungkin sebab sensor di bahagian depan tak kesan cahaya secukupnya untuk padam lampu dan mungkin juga berlaku perubahan dari lampu biasa ke lampu LED kemudian baru padam.

Wiper automatic
Wiper automatic dihidupka bila hujan. Lagi lebat hujan, lagi laju wiper. Cuma kadang-kadang kalau waktu hujan renyai, kita mungkin kena hidupkan sendiri wiper sebab mungkin sensor tak kesan air secukupnya untuk hidupkan wiper.

Central lock dengan ciri keselamatan
Sama macam Ford Fiesta, central lock boleh kita set supaya cuma buka kunci di bahagian pemandu sahaja bila kita tekan sekali butang ‘on’ di remote. Untuk keselamatan, contoh kita di tempat sunyi, boleh elak pencuri masuk ikut pintu lain bila kita tekan butang on di remote kunci.

Ciri keselamatan
Preve CFE ada ciri keselamatan seperti Electronic Stability Control (ESC) , Brake Assist (BA) , Traction Control , ABSEBD, airbag sisi.. Semua ciri ni penting. Ada antara ciri ni memang perlu/biasa ada pada kereta di luar negara. Beberapa tahun akan datang mungkin di Malaysia semua kereta akan dilengkapi ciri-ciri ni. Berkenaan airbag, saya rasa lagi bagus kalau Proton pasang set airbag macam Proton Suprima (tambah curtain airbag/airbag langsir)

Fungsi ESC Preve CFE ni belum pernah berfungsi lagi walaupun saya pernah langgar kawasan air bertakung yang banyak kat jalan. Kawan cakap, kalau kereta dia, Ford Fiesta, akan berfungsi pada keadaan macam tu. Saya rasa mungkin sebab keadaan tu belum cukup berbahaya untuk ia berfungsi sebab Preve CFE punya tayar lebih besar dari Fiesta dan lebih berat daripada kereta Ford Fiesta.

Tinted
Preve CFE dah siap tinted dari kilang, tak payah cari kedai nak tinted dah. Waranti 5 tahun. Katanya tinted ni akan ambil masa dalam tempoh sebulan untuk berubah warna menjadi lebih gelap. Dari pengalaman, nampak macam cermin kereta saya lebih gelap sekarang berbanding waktu mula-mula beli dulu.

Auto cruise
Fungsi ni best jugak. Kalau kat highway tu boleh rehat sikit. Tetapkan kelajuan dikehendaki, contoh 110 km/j. Kemudian tak perlu tekan paddle minyak dah. Cuma perlu bersedia untuk tekan brek ja sebab teknologi dia tak secanggih kereta Mercedes S-Class yang boleh brek sendiri bila menghampiri kereta depan dalam jarak tertentu (smart cruise). Kalau masuk teknologi ni mesti lagi mahal kereta ni dijual.
Protronic paddle shift
Fungsi ni digunakan untuk tukar gear guna paddle yang ada di bahagian stering. Setakat ni saya tak guna sangat, sebab saya lebih suka kawal kelajuan dan pecutan guna paddle minyak. Kawal kelajuan guna paddle minyak pun dah cukup pickup. Lagipun fungsi dia terhad. Bukannya macam kereta biasa yang anda boleh tukar gear ikut suka. Kalau anda tengah memandu pelahan, anda mungkin boleh tukar gear 1 dan 2 sahaja. Kalau anda tengah memandu laju, anda mungkin boleh tukar gear 5, 6 atau 7 sahaja.


Kekurangan/masalah



Cermin ada bunyi angin
Masalah Preve CFE yang saya dapat ni cuma ada bunyi angin di bahagian pintu belakang sebelah kiri bila saya bawak dalam 100 km/j ke atas. Dah ke Pusat Servis Proton, katanya angin masuk melalui cermin kecil di bahagian pintu belakang. Mereka akan tukar cermin tu nanti, sekarang tak tukar lagi, cermin yang ditempah belum sampai.

Tayar
Preve pakai tayar dengan bunga khas, dan tayar ni agak susah nak dibeli sebab tak semua kedai tayar ada jual. Saya alami pengalaman ni waktu terpaksa tukar satu biji tayar belakang sebab kena cucuk skru di bahagian tepi. Saya dapat beli tayar tu setelah jurujual Proton bantu saya untuk dapatkan maklumat kedai tayar yang ada jual tayar tu.

Tayar khusus ni mungkin dipilih untuk matching dengan keselesaan handling dia kot. Tapi tayar ni agak berbunyi jugak kalau bawak laju. Bila dah habis bunga nanti mungkin saya pertimbangkan untuk cuba tayar lain.

Remote kunci
Di masa depan mungkin Proton patut fikirkan design lain untuk remote kunci Preve. Butang alarm terlalu mudah untuk ditekan. Akibatnya saya selalu tersalah tekan dan kereta berbunyi bising. Situasi ni jadi bila kadangkala butang alarm tertekan waktu kunci ada dalam poket.  
Lagi satu, saya tak faham kenapa perlu masukkan remote kunci ke dalam slot khas untuk boleh hidupkan enjin Preve. Adakah cara ni lebih selamat. Saya ingatkan dulu Preve guna sistem macam digunakan oleh kereta Kia Forte. Asalkan kunci ada dalam kereta, enjin kereta boleh dihidupkan dengan tekan butang Push Start Button. Rupanya tak.

Signal
Signal kereta saya macam ada problem sikit. Kadang-kadang tak dimatikan signal lepas saya buat pusingan stereng. Perkara ni saya akan rujuk kepada Proton Servis nanti.

Push start button
Pernah terjadi sekali, kereta saya tak boleh dimatikan enjin bila saya tekan butang push start button. Mungkin system elektronik dia 'jam' atau 'hang' kejap kot waktu tu..macam computer/hanset.hehe..Sebab esoknya dan hari-hari lepas tu, enjin boleh dimatikan dengan mudah. Waktu jadi masalah tu, lepas saya tekan push start button beberapa kali, dalam tiga kali tak silap, baru enjin mati.

Saya dah maklumkan kepada pihak Proton, diorang dah set balik sistem elektronik kereta saya. Tak silap diorang reset ECU kot. Saya pun tak faham sangat. Katanya kalau jadi kejadian enjin tak boleh dimatikan, tekan butang push start button dalam 5 saat atau tekan 5 kali berturut-turut.


Lain-lain

Pujian kepada jurujal Proton
Pujian saya berikan kepada penjual Proton bernama Mumtaz (019-4784902), pejabat dia kat Alor Setar. Saya memang akan cadangkan dia kepada kawan-kawan yang nak beli kereta Proton. Dia sangat sabar dengan pelanggan, akan jawab soalan-soalan kita dengan sabar, walaupun lepas beberapa bulan kita masih tak beli kereta pun, dia masih sabar menjawab pertanyaan-pertanyaan kita.

Dia agak mahir berkenaan perkara-perkara teknikal untuk kereta Proton, dia akan tetap bantu kita lepas kita dah beli kereta pun (dia tolong cari kedai yang ada jual tayar proton Preve, siap dapat harga murah), dia akan jawab persoalan-persoalan kita tentang kereta yang kita pakai (Saya tak pandai sangat tentang kereta, kalau ada yang saya tak pasti, saya call ja dia, dan dia sedia membantu).

Pujian kepada Proton Service Centre
Pujian kepada Pusat Servis Proton di Alor Setar (04-734 5200). Tempat servis tu memang best. Keadaan tempat selesa. Ada makanan dan minuman percuma, layanan yang bagus, sentiasa tersenyum dan sentiasa sedia membantu. Tanya ja soalan kat orang kaunter tu tentang permasalahan kereta kita, dia sedia membantu (saya rasa Pusat Servis untuk jenama kereta lain pun ada sediakan perkhidmatan macam ni, cuma mungkin sebab saya pertama kali pakai kereta baru).

Penambahbaikan
Cermin sisi Proton Preve di masa depan mungkin boleh dibuat untuk boleh dibuka secara automatic sebaik sahaja enjin dihidupkan, sebab perlu guna bila nak keluar parking mengundur (Penambahbaikan ni dah dibuat pada kereta Preve hatchbak atau dikenali sebagai Proton Suprima).
Mungkin Preve CFE boleh dilengkapkan dengan player yang boleh main CD video atau DVD untuk pasang cerita bagi budak-budak tengok. Produa Myvi 1.5 SE pun ada player yang ada fungsi seperti ni.

Minyak
Penggunaan minyak ikut cara kita memandu. Betul macam Proton maklumkan, dalam kelajuan 90 km/j dalam 6.6 liter sahaja untuk jarak 100 km. Tapi bila memandu lebih laju atau lebih agresif, penggunaan minyak lebih tinggi, sesuai dengan enjin turbonya. Rekod saya, Kedah-KL, maksimum 140 km/j dalam 8.5 liter untuk jarak 100 km. Kedah-Terengganu dengan pemanduan laju (waktu musim tak banyak kereta-ikut jalan lebuhraya timur-barat) dalam 9.0 liter lebih..Waktu kereta banyak dan pemanduan biasa, dalam 8.0 liter lebih juga.

Stereng berat
Preve CFE memang pakai spower stereng. Tapi stereng dia berat sikit (tak seberat jika tak pakai power stereng) berbanding Toyota Vios G dan Nissan Almera. Mungkin sebab tayar lebih besar dan lebar, dan mungkin dibuat macam tu untuk jadikan kereta lebih stabil bila memandu laju.

Enjin berbau dalam masa 1-2 bulan
Masa mula-mula beli, jurujual Proton pesan pada saya supaya jangan memandu pada RPM lebih 3000. selagi odometer tak capai 1000 km. Saya tak perasan masa saya nak cepat, saya terlebih laju. Kemudian saya bau sesuatu pada enjin. Bila saya telefon jurujual Proton, katanya itu normal. Dalam tempoh sebulan ke dua bulan enjin kadang-kadang akan berbau terutama bila kita tekan padel minyak dengan banyak untuk buat pecutan. Ok. Sekarang dah sebulan lebih. Bau enjin hampir takda dah.


Pengalaman orang lain

Cermin Preve Excecutive
Masa saya buat servis pertama saya tenogk ada dua buah kereta Preve Excecutive sedang repair tingkap. Bahagian pemandu dan bahagian belakang. Saya tak pasti kenapa, tapi kereta saya takda masalah tingkap setakat ni.

Enjin mati tiba-tiba
Saya pernah dengar beberapa orang ada masalah enjin kereta mati tiba-tiba. Kereta saya belum pernah alami masalah tu. Saya pernah tanya mekanik Proton, katanya sebelum ni ada masalah sikit dengan system dalaman Preve. Sistem elektronik kot, tapi sekarang dah ok.

Preve manual susah masuk gear
Saya pernah juga terbaca ada orang alami masalah dengan Preve Excecutive Manual. Masalah susah nak masuk gear. Mungkin hanya batch tertentu yang bermasalah.

Bunyi kuat Preve Excecutive bila reverse
Saya pernah juga jumpa seorang Pacik hantar Preve Excecutive ke Proton Service dan adukan masalah enjin bunyi kuat waktu reverse. Katanya perkara tu berlaku dari awal beli. Dia dah ke Proton Service banyak kali dan mereka kata bunyi tu normal dan ada kaitan dengan system gear CVT.

Pandangan tentang masalah dihadapi Preve

Masalah-masalah macam ni mungkin normal dalam pengeluaran yang melibatkan kuantiti besar. Jenama kereta lain pun ada masalah termasuk jenama kereta import. Ada juga yang dialami oleh rakan saya sendiri. Namun tak perlu saya ceritakan di sini. Ada pengalaman/masalah tu anda boleh google. Ada kereta-kereta yang telah dipanggil balik juga.

Cuma bila satu-satu pengeluar kereta dapat kurangkan masalah macam ni terutama jika ia libatkan kualiti pemasangan, dah tentu ia adalah lebih baik untuk mereka. Kepercayaan masyarakat pun akan meningkat. Bila kepercayaan meningkat, jualan meningkat..Keuntungan pun meningkat. =)


Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan kereta ni. Sesuai dengan kemampuan yang ada. Alhamdulillah. Walaupun bayaran bulanannya tu pun sesak juga la nak bayar. Kalau ikut minat, memang la teringin pakai kereta macam Honda Civic FD, Honda Accord atau Toyota Camry tapi tak mampu. Bak kata orang, ukur baju dibadan sendiri..

Ok, setakat itu saja. moga bermanfaat.

Boleh pergi ke link kat bawah ni untuk review seterusnya lepas beberapa bulan guna preve CFE.