Review Proton Preve CFE-Part 2
Kali ni nak sambung sikit review Proton Preve CFE, turbo.
Kalau belum baca review part pertama, boleh cari dalam blog ni.
Review part 2 ni setelah guna kira-kira 9 bulan.
Saya memang banyak travel, outstation hampir tiap bulan kedah-kl dan balik kampung pun kerap..kedah-tganu.
So, tak terperanjat kalau milage dah lebih 30ribu.
Isu pertama: Masalah button radio kat stering yang dulu berubah fungsi..tekan volume, dia tukar channel..ada butang berubah fungsi, ada yang tak berfungsi. Dah buat aduan kat proton, proton tukar stering.
Dapat satu set stering baru. Tak perlu bayar apa-apa. Masalah tu kemudiannya tak dapat diatasi sepenuhnya jugak sebab kadang-kadang masih jadi tapi tak sekerap dulu. Tak sampai menganggu pemanduan tapi kalau jadi waktu kita nak kuatkan volume untuk dengar sesuatu yang penting. Geram jugak la.
Isu kedua: Masalah cermin belakang, bahagian cermin kecil. Masuk angin. Bila buat aduan kat proton. Proton tukar cermin baru. Masalah tu kemudian berjaya diatasi. Tak ada bunyi angin macam sebelum ni lagi.
Isu ketiga: Tayar. Tayar preve sedia ada ni bunga luar dan dalam yak sama, jadi susah kalau kita nak rotate tayar. Rotation tayar biasanya kita buat untuk bagi balance penggunaan tayar. Jadi tayar akan habis bunga serentak dan lambat sikit tempoh masa untuk tukar tayar baru.
Saya plan nak tukar tayar biasa yang bunga dalam luar sama atau bileh guna di mana-mana posisi. Senang. Sebab macam kereta saya, kadang-kadang terbawak masuk lubang etc. Tak perasan alignment lari. Akhirnya tayar makan tak rata. Bila nak buat rotation tayar, terhad.
Isu keempat: Saya pernah bagitau sebelum ni saya tak pasti 'traction control' kat kereta saya berfungsi tak sebab bila lalu kawasan air yang banyak, lampu traction control tak nyala. Tak macam kereta ford fiesta kawan saya.
Akhirnya persoalan terjawab. Ianya berfungsi. Saya pernah keluar simpang dengan agak memecut dalam keadaan jalan agak lembab. Kemudian lampu traction control menyala. Mungkin tujahan enjin mereta agak kuat menyebabkan tayar hampor bergeser laju dan licin di jalan. Jadi fungsi traction control tu stabilkan keadaan tayar.
Isu kelima: Kelajuan. Kereta ni memang laju. Bergantung kepada pemandu samada berani atau tak ja.
Isu keenam: Bawa laju waktu hujan. Waktu hujan, hati-hati bila bawa di highway. Walaupun kereta anda dilengkapi abs, brake asist, traction control, ebd..hati-hati sebab belum tentu ia dapat berfungsi waktu diperlukan.
Mungkin ada berlaku kerosakan, mungkin tayar anda bunga tak cukup tebal, mungkin jalan ada minyak..dan pelbagai kemungkinan lagi.
Pengalaman saya, saya pernah meluncur laju ikut highway pantai timur dari kl ke kuantan waktu hujan. Berapa laju? Cukup untuk saya memintas hampir semua kereta yang saya jumpa. Sampai satu tempat, saya jumpa preve sama warna dengan saya baru lepas kemalangan. Lampu pun menyala lagi. Kemalangan kat selekoh, rasanya kereta tu mesti terbang dan langgar papan tanda kat tepi jalan.
Masa saya sampai orang kat dalam dah takda. Kena bawak hospital kot. Saya tak pasti preve bukan cfe atau cfe. Tak silap spec antara preve bukan cfe dan yang cfe berbeza dari segi pemilikan sistem macam traction control dan lain-lain. Walau jenis apa pun preve kita. Tetap kena hati-hati bila bawak terutama waktu hujan.
Isu ketujuh: Fungsi autocruise. Ok. Saya pernah cuba. Sebab cuba nak follow bmw dan mercedes kot. Dua buah kereta ni maintain laju ja lepas lintas saya yang rasa dah drive macam laju. Saja ja la nak try (saya tak sarankan untuk anda cuba sebab bahaya).
Saya ikut diorang. Tengok-tengok diorang maintain 170km/j. So, saya tekanla butang autocruise untuk maintain laju sama dengan diorang. Rupa-rupanya limit autocruise setakat 160 km/j ja untuk preve cfe saya. Nak maintain 170km/j, tekan minyak sendiri. Tapi betul la. Bahaya jugak sebenarnya fungsi autocruise ni kalau laju sangat. Takut kita kurang alert kalau ada apa-apa belaku kat depan. Mana tau tiba-tiba ada apa-apa melintas ke.
Isu kelapan: Bonet. Bonet preve memang luas dan sangat puas hati la. Boleh sumbat beg banyak-banyak. Pernah kawan balik dari oversea, bawak balik dua beg yang besar gila yang orang pegi oversea biasa bawak tu..muat dua beg.
Kalau compare dengan Inspira, bonet preve lagi besar.
Isu kesembilan: Sarung kusyen. Saya rasa kalau tukar sarung kusyen kulit lagi best dan senang nak bersihkan kot. Tak silap suprima kusyen kulit. Nak try tengok nanti, kalau ada bajet lebih boleh tukar.
Isu kkesepuluh: Minyak. Kalau nak tengok rate consumption minyak yang betul u tuk preve cfe, boleh tengok rate suprima. Standard untuk saya yang jenis asyik nak cepat, telambat pegi kerja, kadang-kadang rasa sayang masa berbanding minyak, jenis pedal minyak asyik tertekan banyak je..Rate biasa 9.0 liter ke atas per 100km kalau tengok meter penggunaan minyak tu.
Kalau nak jimat minyak, korang boleh baeak maintain 90km/j..Rasa bileh dapat rate 6.0 liter ke atas per 100 km macam proton claim dalam website dia.
Isu kesebelas: Servis. Servis setakat ni memang bagi saya agak tinggi sikit la berbanding waktu saya pakai proton saga dulu. Tapi betul la. Proton saga saya servis tiap 5000km, preve servis tiap 10000km..logik la kalau kos jadi dalam dua kali ganda lebih.
Minyak fully synthetic dan rm100 lebih, oil filter..em lagi apa ntah. Dalam rm200 lebih jugak la sekali servis. Mungkin kalau beli sendiri minyak, boleh kurang kos lagi. Cuma kalau servis kat lain, tak dapat la waranti 5 tahun tu.
...............................
...............................
Em, apa lagi korang nak tau sebelum korang decide nak beli atau tak preve? Boleh komen kat bawah.
Overall. Walau ada masalah-masalah tertentu yang dihadapi atau kekurangan tertetu yang ada pada preve saya. Dengan bajet terhad yang saya ada. Saya syukur dapat guna preve cfe ni berbanding kalau saya beli Honda City, Vios atau Nissan Almera (yang saya pernah bercadang nak beli sebelum decide untuk beli preve cfe).
Salah satunya sebab yang penting adalah kerana bajet saya terhad. Kedua sebabbonet luas. Ketiga sebab fungsi-fungsi tertentu yang takda dalam salah satu, dua atau kesemua kereta ni. Keempat sebab ruang dalam yang luas. Kelima sebabselesa. Keenam sebab kelajuan, pecutan dan kestabilan (ikut standarad saya la..orang lain mungkin berbeza). Kelima sebab keselamatan (abs, ebd, traction control, airbag pemandu dan penumpang, brake assist (tak silap ada pada preve cfe-rujuk balik kepada proton).
Senang nak cakap, bajet yang sama dengan harga kereta import, tapi dapat nilai dan ciri-ciri yang lebih advance berbanding kereta import yang lebih kurang sama atau lebih mahal sikit daripada dia. -Maaf saya terpaksa buat kesimpulan macam ni (mungkin nampak macam berat sebelah). Tujuan saya tak lain, adalah untuk bantu anda dalam membuat keputusan terbaik sebelum mengeluarkan bajet yang besar (buat komitmen hutang yang banyak) untuk beli kereta baru.
Senang nak cakap, bajet yang sama dengan harga kereta import, tapi dapat nilai dan ciri-ciri yang lebih advance berbanding kereta import yang lebih kurang sama atau lebih mahal sikit daripada dia. -Maaf saya terpaksa buat kesimpulan macam ni (mungkin nampak macam berat sebelah). Tujuan saya tak lain, adalah untuk bantu anda dalam membuat keputusan terbaik sebelum mengeluarkan bajet yang besar (buat komitmen hutang yang banyak) untuk beli kereta baru.
Sekadar pendapat peribadi walau saya tak nafikan kecantikan Honda City dan pengalaman Honda yang lebih lama dari Proton.
Dan tak nafikan kehebatan Toyota dan penjimatan minyak Vios yang sering diperkatakan orang.
Dan tak nafikan pengalaman lebih lama Nissan berbanding Proton dan tak nafikan harga promosi Almera yang agak rendah dan tak jauh beza dengan preve cfe.
Sekadar pendapat, pandangan dan pengalaman peribadi. Kalau ada salah mohon tunjukkan.
Sekadar pendapat, pandangan dan pengalaman peribadi. Kalau ada salah mohon tunjukkan.
Tamat.